image

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dituduh berniat jahat untuk menjatuhkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ia berhubung keputusan yang dibuatnya dengan menarik semula kebenaran pemindahan wang syarikat 1MDB walaupun Peguam Negara melihat syarikat itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd Salleh berkata, tindakan Zeti itu telah merendahkan martabat Mohamed Apandi.

“BNM seolah-olah cuba menutup kesalahan mereka ketika meluluskan permohonan 1MDB untuk pelaburan mereka di luar negara,” ujarnya kepada pemberita setelah selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, JMM turut mempersoalkan mengapakah BNM mengambil keputusan sedemikian setelah empat hingga enam tahun memberikan kebenaran kepada syarikat 1MDB.

“Tindakan yang dibuat oleh Gabenor BNM ini seperti terdapat agenda tersembunyi.
“Saya percaya banyak lagi kes yang membabitkan kesilapan BNM yang tidak diketahui umum. Keputusan ini juga seolah-olah menutup kesalahan BNM,” katanya lagi.

Pada masa sama, JMM turut berharap agar pihak polis segera membuka kertas siasatan dalam masa tujuh hari.

“Saya berharap sangat pihak polis dapat membuka kertas siasatan kerana kenyataan Zeti itu telah dipetik oleh media tempatan dan juga media asing,” jelasnya.
Sebelum ini, Peguam Negara melihat BNM telah melakukan kecuaian kerana tidak mendapatkan penjelasan lanjut daripada syarikat 1MDB.

Sumber FMT.

Ulasan admin.

Pertama tama yang pembaca perlu ketahui di antara dua pihak yang berbeza ini ialah, pihak mana yang mula mula sekali menimbulkan persoalan 1MDB hingga menjadi pertikaian diantara dua pihak yakni BNM dan AG (Peguam Negara).?

Nah pihak yang pertama tama  ialah Bank Negara Malaysia (BNM), Zety Aziz. Selepas mendapati pentadbiran 1MDB telah melanggar peraturan yang disebut di dalam Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953. Perkara ini dikesan selepas skandal 1MDB meletup dan kesalahan ini terkandung di dalam laporan yang BNM majukan pada AG (Peguam Negara)

Ekoran dakwaan BNM di atas lah baru pihak Peguam Negara mengeluarkan kenyataan. Itupun selepas Peguam Negara menerima atau merujuk laporan penyiasatan dari BNM. Bahwa tidak ada masalah di dalam perniagaan atau tidak ada unsur unsur  penyelewengan. Peliknya

Perbezaan ini telah diambil  diputar belit yang sepatutnya tidak berlaku bahwa ada niat jahat disebalik kenyataan tegas Gabenor Negara Malaysia, Zety Aziz terhadap Peguam Negara. Seperti mana laporan polis yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd Salleh terhadap Zety Aziz, Gabenor Bank Negara.

Perkara yang juga perlu diambil perhatian ialah dakwaan BNM ditujukan pada satu Syarikat milik negara yakni 1MDB tidak terhadap mana mana pemimpin UMNO. Kena faham, kena bersikap profesional jangan semua perkara di politikkan.

Jadinya siapapun individu yang terbabit harus dipertanggungjawabkan, tidak kira siapa dia. Cari kumpulan individu  yang bertanggungjawab, pertanggungjawabkan mereka  keatas kesalahan mereka. Walaupun keluarga terdekat. Titik

Jangan belakangkan akal malah pihak yang cuba menegakkan kebenaran pula yang dipersalahkan. Dibuatkan laporan polis. Kebobrokan apa kah ini. Tidak masuk akal.

image

Kihampau Tohoh

Leave a comment