Hamid Bador, Bekas SB Selepas Pembersihan AG Apandi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

image

Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.

Baru-baru ini Peguam Negara tampil mengumumkan keputusan beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan bersabit “wang derma RM2.6 billion” dan penyelewengan wang negara dalam SRC. Saya tidak tahu di mana beliau belajar undang-undang  tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas menunjukkan wujud salahlaku jenayah.

Betapakan tidak, dokumen carta aliran keluar masuk wang dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara itulah yang turut saya perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu saya masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu. Ketika itu saya aktif membantu Taskforce 1MDB yang ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut. Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Mengapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan bukti ini. Bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah di dalam akaun ini dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Tidak kah Peguam Negara nampak bukti-bukti ini???

Berapa banyak dari wang negara ini yang telah diguna untuk menjelaskan hutang piutang kad kredit PM???

Cepat sungguh Peguam Negara dapat membaca hati PM dengan mengatakan bahawa PM tidak tahu menahu asal usul wang SRC itu!!! Jika PM menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah ‘Public Fund’ atau wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA wang tersebut kepada kerajaan ??? Ingat ya……bukan RM42 juta sahaja tetapi ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.

Saya juga ingin bertanya di sini samada wang berbillion billion yang “didermakan” itu sudah dibayar cukai ataupun belum??? Jika belum, saya mohon LHDN menagih cukai tersebut supaya penderma misteri tersebut sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan “derma” se macam ini.

Wahai Peguam Negara, ingatlah kuasa mutlak yang diberikan oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan negara. Bukannya untuk menegakkan benang yang basah!!! Kuasa tersebut bukannya untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH.

Jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang sekarang ini hanya tinggal nama sahaja.

Saya menawarkan diri untuk sama-sama tampil membantu taskforce ini menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB. Saya amat yakin dengan kejujuran Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail dan saya sanggup berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain.

Sungguh janggal sekali apabila Peguam Negara bertindak mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup. Amboi amboi amboi !!! Mudah sekali ya tugas dan tanggungjawab Peguam Negara yang baru ini. Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang ditakuti……..hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ???

Saya CABAR Peguam Negara agar bertindak dengan penuh amanah dan jujur supaya memberikan alasan-alasan untuk membuktikan PM tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes ini.

Menyentuh tentang wang derma RM2.6 billion. Ish…ish…ish… Cukuplah dengan segala pembohongan ini. Mengapa takut sangat nak dedahkan identiti penderma tersebut jika hamba Allah ini benar-benar wujud. Mengapa berdolak  dalik dalam memberi jawapan sehinggakan Timbalan Perdana Menteri pun terpaksa ‘masuk daun’ untuk ‘akun’ (slang orang Sabah bagi perkataan ‘mengaku’) bahawa kononnya beliau telah bertemu dengan wakil penderma tersebut???

Sudahlah!!! Jangan perbodohkan orangramai. Fokuskan tugas itu untuk membasmi gejala judi cybercafe dan dadah yang berleluasa hampir di seluruh negara. Sudah berpuluh ribu belia di negara ini yang rosak akhlak akibat ketagihan benda-benda haram ini. Jangan cemar integriti diri sendiri untuk kepentingan politik.

Pendedahan Peguam Negara bahawa sebahagian besar wang “derma Arab halimunan” ini telah dikembalikan  sungguhlah menakjubkan. Sekarang saya ingin bertanya, bolehkah Peguam Negara tunjukkan bukti bagaimana, caramana serta institusi bank mana atau syarikat mana proses pemulangan wang ini dilakukan ???

Jika tidak boleh dijelaskan maka wajarlah Peguam Negara segera mengeluarkan arahan kepada SPRM untuk mendapatkan bukti-bukti tersebut di luarnegara menerusi  peruntukan MLAT. Saya amat yakin jejak wang atau money trail ini akan membuktikan bahawa penderma RM2.6 billion itu sebahagian besarnya adalah MITOS yang SENGAJA direka untuk menutup bangkai gajah.

Kepada Perdana Menteri saya ingin menyeru agar bertindak berani sebagai seorang Pahlawan Bugis. Beranikan diri untuk tampil sendiri memberi penjelasan. Bukankah itu salah satu ciri pahlawan??? Sedarlah bahawa diantara sifat2 kepahlawanan jati termasuklah berani bercakap benar….berani menggadai nyawa demi mempertahankan  pertiwi…..tegas melawan kejahatan…..membela orang yang teraniaya…..

Di antara ciri-ciri PENGECUT pula termasuklah menggunakan oranglain sebagai jurucakap untuk menabur fitnah bagi mengalih tumpuan dari isu ….mengguna harta kekayaan untuk menutup kebenaran……menggunakan duit untuk membeli kesetiaan…..menggunakan agensi kerajaan untuk mengugut dan menggertak pegawai kerajaan……mengikut telunjuk isteri secara membabi buta.

Sedarlah bahawa sifat2 keji ini dimurkai Allah SWT. Sudahlah tu……sudah cukup kalut keadaan dalam negara masakini. Sampai bila episod penganiayaan ini akan berakhir???

Tidakkah ada perasaan keinsafan dan belas ihsan dalam diri apabila melihat negara dalam keadaan begini. Percayalah bahawa orangramai semakin jelik dan meluat melihat telatah pemimpin politik demi pemimpin politik mengeluarkan kenyataan bohong bagi menutup bangkai gajah ini. Kalau kita pergi ke Mekah seminggu sekalipun dosa kita tidak akan terhapus dengan sebegitu mudah.

Ada pihak yang berpandangan bahawa skandal 1MDB ini tidak akan ada kesudahannya kerana PM terlalu kuat pengaruhnya hinggakan Presiden OBAMA sendiri akan menggunakan kuasa veto presiden untuk menghentikan siasatan pihak FBI ke atas kes MONEY LAUNDERING di Amerika. Nonsense !!! Kononnya pihak FBI terpaksa menunggu Presiden Obama mengakhiri tempoh jawatan presidennya pada bulan september depan. Nonsense!!! FBI tetap FBI. Pandai, pandai tupai melompat….

Kepada teman2 saya di dalam media arus perdana saya doakan agar datuk/dato semua dikurniakan Allah SWT kesedaran diri serta dibekalkan kekuatan untuk berani berkata benar. Aamiin. Jangan bertindak berpaksikan sesuatu ideologi yang jelas menyimpang dan sempit. Terimalah hakikat bahawa negara sedang dilanda krisis kepercayaan orangramai akibat perbuatan rasuah dan penyelewengan pemimpin tertinggi kita sendiri. Selagi pemimpin terbabit tidak berani berterus terang maka krisis ini akan berlarutan. Ia tidak ada kena mengena dengan ISIS!!!

Elakkanlah taktik melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina. Isu penyelewengan 1MDB ini tidak ada kena mengena dengan cubaan kaum Cina nak memalukan pemimpin Melayu. Majoriti orang Melayu sendiri mahukan penjelasan ikhlas dari pemimpin yang bertanggungjawab. Hentikanlah usaha jahat nak “membeli kesetiaan” akhbar SINAR tu. …dan kita akan tengok dalam masa terdekat ini samada penyakit BODEK ini akan turut dijangkiti oleh FREE MALAYSIA TODAY

Kepada orangramai saya merayu agar tidak terpengaruh dengan pelbagai cerita2 yang menyentuh peribadi pegawai2 tinggi SPRM yang bakal ditonjolkan oleh agen2 jahat tersebut bagi mengalihkan tumpuan. Ia ditimbulkan dengan niat MENGALIH TUMPUAN dan untuk melaga-lagakan pegawai SPRM. Taktik hina ini hanya layak digunakan oleh manusia yang PENGECUT.

Agen-agen yang mabuk kuasa dan arak serta “giler”duit ini akan terus bertindak untuk menghakiskan kredibiliti SPRM dengan pelbagai cerita dengan harapan orangramai akan meragui keikhlasan agensi ini. Jangan bimbang RAKYAT BUKAN BODOH.  Agen-agen jahat ini sedia mempunyai KECACATAN pada imej dan diri masing-masing. Yang menghairankan saya ialah ada di kalangan PEMBODEK ini pada suatu ketika dulu pernah mendabik dada lantang mengkritik amalan rasuah dan penyelewengan!!! Tetapi dalam sekelip mata buat U-turn 180 darjah.

Kepada semua pegawai SPRM saya menyeru supaya jangan sekali-kali takut dengan gertakan/ugutan sesiapapun. Pertahankan kesucian peranan dan tanggungjawab agensi. Jalankan kerja dengan niat yang ikhlas demi kepentingan negara. Contohilah integriti agensi anti rasuah negara jiran kita, Indonesia. Para pegawai KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI di negara tersebut berani dan telus bertindak tanpa memilih bulu. Orangramai dapat merasakan betapa ikhlas SPRM memainkan peranannya untuk menyingkap segala salahlaku oleh pemimpin2 negara. Just carry on with your tasks without fear or favour……rakyat tahu menilai di antara yang baik dengan yang buruk!!!. KIPIDAP DONGIBAB!!!

Bagi diri saya, in syaa allah, saya yakin bahawa tindakan saya ini tidak menyalahi mana2 undang-undang negara. Sebagai seorang pegawai polis saya telah mengangkat sumpah untuk menjalankan kewajipan saya dengan sebaik2nya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.

Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah. Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah.

Jika KPN mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya redha. Hati ini semakin redha apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu POLIS SEDIA BERKHIDMAT. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah……..mengaku sajalah dan bertaubat.

Sudahlah tu…..

Salam hormat dan GONGXI FA CAI

ABDUL HAMID BADOR
1 Feb 2016

p/s

Datuk Hamid Bador ialah bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Di-Raja Malaysia yang ‘ditamatkan perkhidmatan’ dan ditukar ke Jabatan Perdana Menteri secara tergesa-gesa ketika skandal 1MDB meletus. 

Sumber, Blog Apanama

Kihampau Tohoh

BBC Cakap Kosong Pasal Derma 2.6 Bilion

Bila portal WSJ melaporkan penyelewengan dalam 1MDB didakwa sebagai fitnah. Walaupun pihak WSJ mencabar balik kesahihan laporannya. Terbukti sehingga kini,  tiada tindakan kehakiman yang dikenakan terhadap  WSJ. Hanya cubaan ugut bagi menyakinkan rakyat Malaysia bahawa 1MDB di pihak yang benar  tapi habuk pun tidak ada.?

Tapi kalau BBC yang mencanang berita entah apa, kononnya sumber yang mereka dapat dari pihak Raja Abdullah mereka tersenyum sampai ke telinga. Semuanya benar, tidak ada yang tidak benar. BBC melaporkan kononnya dana 2.6 bilion adalah pemberian dari Raja Abdullah bagi tujuan melawat keganasan yang dipelopori oleh Ikhwanul Muslimin  yang pada ketika itu berusaha masuk ke Malaysia. Bertepatan pada masa itu Malaysia berada di ambang pilihanraya.

Walaubagaimanapun  tidak ada bukti dari sumber yang berkaitan yang boleh menunjukkan bahwa sumber itu datang dari pihak boleh dipercayai.

Hakikatnya sehingga kini, tiada  pengakuan dari pemerintahan Arab Saudi atau pihak Raja Abdullah yang mereka lah sebenarnya penderma 2.6 bilion . Yang ada hanyalah individu palsu atau Sheik palsu yang mengakun dirinya sebagai kerabat di Raja Arab Saudi dan Sheik palsu ini jugalah yang berkerjasama dengan Jho Low menipu dana 1MDB.

Status Sheikh ini telah dilaporkan lama oleh Sarawak Report, baca sisipan di bawah :-

image

Secara logiknya kan, kalau benar lah dana 2.6 bilion adalah derma halal, yang bertujuan menentang keganasan tidak ada sebab kenapa dana berkenaan di pulangkan balik. Malah terpaksa mengorbankan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan dua orang Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKLW.

Jangan tidak bersetuju dengan kenyataan terbaru  Dr M, bagaimana mungkin dana yang dibekukan oleh Bank Bank dunia boleh di urusniagakan atau dipindahkan. 😅

Kihampau Tohoh

Hujah Shafie Di Sidang Khas Parlimen Berkenaan TPPA

Shafie Apdal bercanggah pendapat dengan ahli Parlimen BN perihal perjanjian TPPA di sidang khas Parlimen yang berlangsung petang tadi.

image

Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan keperluan kerajaan ‘tergesa-gesa’ menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Tidak bersetuju dengan pendirian ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) mempunyai banyak isu yang perlu diselesaikan sebelum Malaysia boleh menandatanganinya.

Ahli Parlimen Semporna itu mempersoalkan keperluan untuk “tergesa-gesa” menandatangani TPPA dan berkata ia adalah salah untuk menyamakan ia dengan perjanjian perdagangan bebas lain kerana perubahan perlu dibuat kepada undang-undang negara.

“Semakan demi semakan diperlukan untuk memastikan kepentingan negara akan dilindungi dan terjamin,” Shafie pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Apabila Malaysia menjadi anggota TPP, Amerika Syarikat akan sentiasa memantau negara dan juga memberi pengaruh ke atas dasar tempatan dan Perlembagaan, memastikan Malaysia mematuhi garis panduannya, kata Shafie.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, beliau tidak yakin dengan jaminan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed tiada negara dalam TPP mempunyai kuasa veto memandangkan peranan Amerika Syarikat dalam memacu perjanjian perdagangan itu.

Beliau menambah mungkin tidak begitu mudah bagi Malaysia untuk mengabaikan perjanjian itu kerana ia akan melibatkan ramai pihak dan dana yang dilaburkan.

Shafie mempersoalkan sama ada peguam tempatan mempunyai cukup pengalaman dan pengetahuan untuk menyaman Amerika Syarikat, jika diperlukan.

Satu lagi isu ialah laporan PricewaterhouseCoopers (PwC) mengatakan TPPA akan mengurangkan lebihan dagangan Malaysia, katanya.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Malaysia akan dapat membentuk dasar-dasar baharu untuk menangani sebarang masalah yang muncul akibat menandatangani TPPA.

“Adakah Malaysia dapat mewujudkan dasar untuk menangani apa-apa isu baharu yang timbul?

“Selepas menyertai TPPA, apakah Amerika Syarikat akan mempunyai hak sepenuhnya ke atas Perlembagaan atau terma baharu yang akan diperkenalkan, digubal atau dipinda?” soal Shafie.

Shafie berkata, beliau bimbang kedaulatan negara akan terhakis dari masa ke semasa, kerana TPPA memerlukan Malaysia untuk mengubah dasar dan Perlembagaannya.

“Persoalannya bukan sama ada TPPA patut diluluskan atau ditolak, tetapi apa yang saya mahu ialah situasi menang-menang,” katanya.

TPPA dijangka diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, selepas wakil-wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang berdebat mengenai perjanjian perdagangan itu. – 27 Januari, 2016.

Sumber FMT

Kihampau Tohoh

Laporan Polis Khairuddin Terhadap Peguam Negara

Ekoran dakwaan bersih Peguam Negara Apandi terhadap skandal yang memalitkan PM Najib Razak berhubung dana 2.6 bilion. Datuk Khairuddin, pemimpin akar umbi tampil membuat satu laporan polis. Kita masyarakat amat mengakui keikhlasannya.

image

Saya memohon pihak polis di raja malaysia untuk membuat satu penyiasatan ke atas peguam negara samada terdapat sebarang unsur-unsur salahguna kuasa, cuai jenayah, memutarbelit fakta dan mengganggu penjawat awam daripada menjalankan tugas-tugas mahupun siasatan mereka secara telus, bebas serta komprehensif.

Peguam negara harus memberi penerangan secara komprehensif kepada rakyat khususnya di dalam menzahirkan semua asas butiran siasatan yang telah dijalankan oleh pihak SPRM.

Tan sri apandi ali selaku peguam negara tidak boleh membuat kenyataan secara umum tanpa menghuraikan secara terperinci mengenai hasil siasatan laporan SPRM yang telah dihantar ke pejabat peguam negara.

Jawapan yang komprehensif dari peguam negara amat penting demi untuk menjaminkan keutuhan imej serta kredibiliti jabatan peguam negara pada pandangan rakyat secara menyeluruh khususnya di mana kita sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan masakini.

Dalam masa yang sama; saya secara jujur serta ikhlas ingin menasihati peguam negara agar tidak mengambil ringan di dalam pengumuman isu kes siasatan wang derma rm2.6 billion dan sejumlah wang rm42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi najib tun razak.

image

Samada suka atau tidak kita harus tangani fan selesaikan kemelut ini secara professional dan meyakinkan semua pihak di tanahair yang tercinta ini.

Kihampau Tohoh

Hanya Muhyiddin, Shafie, Gani Dan Zety Boleh Mengesahkan Dakwaan AG

image

Hanya Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Gani Patail, Zety Aziz dan  kerabat Diraja Arab Saudi yang boleh mengesahkan kebenaran dakwaan AG Apandi perihal dana 2.6 bilion.

Ini kerana mereka di atas telah terlibat secara langsung dengan persoalan akaun peribadi PM Najib Razak yang diisi dengan dana 2.6 bilion. Akibatnya Muhyiddin dan Shafie digugurkan dari Kabinet. Begitu juga dengan Gani Patail ditamatkan serta merta selepas mengetahui perjalanan sebenar 2.6 bilion. Tidak terkecuali Zety Aziz membuat gesaan agar krisis 1MDB diselesaikan dengan secepat yang mungkin, kalau ingin menyelamatkan ekonomi atau matawang Malaysia. Membuktikan 1MDB aka 2.6 bilion ada unsur unsur penyelewengan.

Manakala kerabat diraja Arab Saudi sebagai penderma sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung derma 2.6 bilion. Benarkah mereka yang memberikan derma berkenaan.

Kalau empat individu diatas tidak mengeluarkan kenyataan atau menafikan dakwaan AG Apandi seperti di bawah bererti dakwaan AG adalah auta semata-mata. Apa lagi AG bukannya hakim yang boleh menghukum benar salah satu satu dakwaan.

AG Apandi mendakwa bahawa derma 2.6 bilion telah dipulangkan balik pada penderma. Membawa maksud PM Najib Razak tidak melakukan jenayah penyelewengan ini berdasarkan siasatan SPRM terhadap 1MDB.

Kihampau Tohoh

UMNO Tidak Adil. Jumat Kena, Ahmad Bashah Didiamkan

Datuk Jumat Idris, MP Sepanggar mengkritik Pengerusi Perhubungan BN Sabah, Datuk Musa Aman. Tanpa proses penyiasatan. Lembaga disiplin UMNO pusat menjatuhkan hukuman, menggantung keahlian UMNO Datuk Jumat Idris selama enam tahun.

Apa bezanya dengan tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah dan beberapa Ketua Bahagian. Mereka secara terbuka mengkritik Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai hilang kepercayaan sekaligus digesa supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Tapi tidak dikenakan tindakan disiplin. Sebab menurut setiausaha agung UMNO tidak ada keperluannya. Datuk Ahmad Bashah hanyalah menyuarakan pendapat peribadinya. 😀

Dimana keadilan dari lembaga disiplin UMNO.?

Penguatkuasaan itu jangan bersifat kolektif tapi biarlah menyeluruh. Supaya menyenangkan semua pihak.

image

Kihampau Tohoh

PM Najib Razak Tidak Mampu Bertahan

Usai membaca satu artikel yang memuji kekuatan politik PM Najib Razak selepas kononnya berjaya mengharungi badai politik hingga memaksa kepada pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie dari barisan Kabinet. Tidak di lupa perlucutan Datuk Gani Patail sebagai Peguam Negara. Selepas itu kononnya menghulurkan kerjasama dengan PAS.

Apa yang ditulis pada artikel itu memang benar, itulah yang berlaku. Tapi tidak menggambarkan kekuatan politik PM Najib Razak hingga mampu bertahan.

image

Sebenarnya penulis itu tidak jelas sejauh mana PAS sanggup menerima UMNO yang dianggap biawak hidup atau nazak. Serta goresan hati masyarakat Sabah, Sarawak dan Johor selepas tindakan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal. Hemmm

Krisis 1MDB yang sikit lagi bertukar kepada penyakit yang kronik, antara sebabnya utamanya. Ini jangan dipandang ringan di sinilah kayu ukur kepada kematangan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Supaya UMNO tidak dilihat sebagai parti yang menghalalkan cara sekaligus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa UMNO adalah organisasi tangkap muat, “monyet” pun di UMNO kan.

Kesedaran politik setiakawan masyarakat  Sabahan dan Sarawakian terhadap UMNO, selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal telah  banyak mengurangkan cengkaman di BN di dua negeri ini. Tidak mudah untuk mengubatinya.

Ada ramai masyarakat politik khususnya di Sabah  yang ingin melihat setakat mana kekuatan pemimpin pemimpin Sabah yang tidak mempersoal skandal 1MDB dan sebagainya di dalan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN.

Perlu juga diingatkan, dalam masa yang sama nampak gerak saraf politik pembangkang semakin aktif, tidak di hanya di aplikasi Facebook tapi Whatapps. Jangan main main. Berbanding CyberTrooper Tiong pro BN dimana semakin hari semakin syok sendiri.

Jangan lupa di tahun ini pakar  meramalkan ekonomi negara akan terjejas. Ini juga memangkinkan  politik kebencian.

Isu yang berlegar harus diselesaikan bukan di tutup. Ini tidak berjaya ditangani, ertinya PM Najib Razak tidak mampu bertahan meleset dakwaan penulis asal.

Kihampau Tohoh

Zahid JANGAN PERCAYA Dengan WSJ.

Datuk Zahid Hamidi minta rakyat jangan percaya dengan laporan WSJ. Cukup setakat itu. Hemmm

image

Ini lapangan politik lah, Tuan Timbalan Perdana Menteri. Bukannya Syarikat Sendirian Berhad. Politik adalah persepsi, benar atau palsu belakang cerita. Kena sentiasa ingat rakyat yang berhak ke atas masa diri dan masa depan negara. Mahu tukar pada republik, boleh saja. Itulah gambaran betapa kuatnya rakyat di dalam sistem demokrasi. Makanya harus tampil dengan penuh fakta dan keberanian.

Kalau saja gesaan seperti di atas di terima pakai oleh rakyat jelata, tidak Selangor dan Pulau Pinang kekal menjadi milik pembangkang.

Realitinya nasihat seperti itu hanyalah retorik semata mata, umpama angin yang berlalu. Seolah olah masyarakat, tidak tahu apa apa, tidak sikit pun merasa terbeban atau marah rentetan pergolakan politik, yang membabitkan dana mereka. Malah sangat selesa akur dengan dasar Oreo yang dilaksanakan. Ini termasuklah dasar yang menyebabkan harga barang melambung naik. Perkara yang turut “disenangi” oleh jelata ialah penafian tidak masuk akal berhubung 1MDB. Sekejap tunggal sekejap jamak. Hemmm

Ada WSJ mendedahkan sepatutnya dana sebanyak USD800 ribu diserahkan pada badan penyiasatan negara. Sebab wang atau dana itu adalah milik rakyat yang dipinjamkan kepada 1MDB. Pendedahan atau kenyataan ini yang diminta oleh TPM, Zahid agar jangan dipercayai.

Masyarakat sedar kalau benar pendedahan WSJ tidak ada kebenarannya, kenapa tidak menafikannya secara ilmiah. Atau mengambil tindakan yang lebih drastik saman WSJ jangan jadi goblok, habis hari Selasa fail samanya tidak muncul muncul. Jangan hanya berani melontarkan amaran macam pengawal keselamatan, “dilarang masuk” tapi tidak mendapat peduli dari orang ramai. 😎

Kihampau Tohoh

Hanya 17 dari 25 Bahagian Memihak Musa Aman

Daripada 25 Bahagian UMNO Sabah hanya 17 Bahagian yang memihak Ketua Menteri, bakinya 8 Bahagian memihak Datuk Seri Shafie Apdal

image

Dakwaan sebelum ini, kononnya hanya dua atau tiga Bahagian yang memihak Datuk Seri Shafie Apdal adalah dakwaan yang meleset. Tidak munasabah sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia yang mewakili rakyat Sabah.

Dakwaan admin diatas berdasarkan usaha Ketua Menteri melalui satu agenda mesyuarat khas sebagai bukti sokongan Bahagian terhadapnya tapi tidak berjaya mendapatkan kesemua wakil 25 atau 23 Bahagian. Menyebabkan program mesyuarat berkenaan di batalkan.

Ini kerana sebelum ini PM Najib Razak berpandangan Musa mampu meraih sokongan dari 23 Bahagian daripada 25

Nanti wakil wakil itu (mengikut agenda mesyuarat) akan di bawa menghadap PM Najib sebagai bukti. Tapi
memandangkan tidak cukup 23 atau lebih Bahagian, Musa tidak berani meneruskan agendanya.

(Tidak perlu admin khabar secara detail mengenai mesyuarat berkenaan, yang pastinya ada)

Suka juga admin maklumkan, parti parti tempatan Sabah yang berdiri sebagai pembangkang dan sebahagian pemimpin kompenan BN secara peribadi memihak Datuk Seri Shafie Apdal. Kita tunggu dan lihat, mana mungkin mereka sanggup menjadi korban PRU hanya kerana Musa Aman yang tidak menjaga kaum mereka.

Kekal terpinggir, langsung tidak ada hak keatas kekayaan bumi Sabah.

Kihampau Tohoh

Kihampau Tohoh Bakal Di Sekat Oleh SKMM – Hemmm.

Kesian pentadbir CyberTrooper Tiong. Tidak mampu menewaskan admin seorang.

image

Dimaklumkan, bahwa Blog Kihampau Tohoh akan di sekat dari terus beroperasi oleh SKMM. Ini kerana kononnya  Blog ini telah membantu mengembangkan agenda RBA atau DAP. Alahai

Jadinya admin minta pada pihak yang berkenaan, tunjukkan mana dia artikel atau entri dalam Blog ini yang menyokong atau menyebarkan agenda DAP seperti yang didakwa. Mohon sangat sangat.?

Selain apa yang admin utarakan adalah persoalan yang menuntut penjelasan dari pihak yang terbabit.

Politik BN berbelanja ratusan ribu ringgit tapi tidak mampu mengumpul Blogger dan CyberTrooper yang efektif dalam usaha menepis persepsi dan kritikan secara berhemah. Sampai terpaksa mengorbankan Blog yang bertujuan baik. Kehabisan modal.

Peliknya mereka ada Blog khas, Blog Anti Fitnah Sabah dan beberapa lagi. Di mana tugas mereka adalah untuk membidas mana mana pendapat politik yang tidak sehaluan dengan mereka. Tapi bahan yang mereka utarakan tidak  mendapat peduli dari pembaca luar. Kecuali sesama mereka, syok sendiri. Mereka yang Like mereka juga yang Share. 😉

Hanya mereka yang ……… Dot dot dot.

Kihampau Tohoh