image

Baru baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan berani Gabenor Bank Negara, Zety Aziz. Agar pengurusan 1MDB memulangkan balik dana 1.83USD bilion yang dipinjamkan dalam bentuk ekuiti. Sebelum mencari jalan keluar bagaimana untuk menyelesaikan kejatuhan nilai ringgit.

BNM Tarik Balik Pelaburan 1MDB

1MDB telah memberikan maklumat palsu seperti mana permohonan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Penipuan itu telah melanggar syarat yang ditetapkan di dalam Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953.

Dan pastinya masyarakat atau pembaca tertanya tanya sekaligus ingin tahu, kemana dana 1.83USD bilion dibelanjakan. Nah seperti dibawah :-

USD1.83 bilion.

Pengenalan :-

Perjanjian ‘Joint Venture’ antara 1MDB dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) ditandatangani pada 28 September 2009.

Perjanjian ini bertujuan untuk projek carigali minyak.

Pada 31 March 2010 1MDB & PetroSaudi membatalkan perjanjian tersebut.

Bahagian 1 : Apakah itu USD1.83 bilion?

– USD1.83 bilion adalah duit yang telah dihilangkan oleh 1MDB melalui perjanjian usahasama perniagaan bersama PetroSaudi Holdings (Cayman) pada 28 September 2009.

Bahagian 2 : Bilakah transaksi USD1.83 bilion itu berlaku?

– Ia berlaku sebanyak 4 kali iaitu :
1. 30 September 2009 (USD300 juta)
2. 30 September 2009 (USD700 juta)
3. 14 September 2010 (USD500 juta)
4.  Mei 2011 (USD330 juta dalam 2 transaksi iaitu USD110 juta & USD220 juta)

Bahagian 3 : Bank manakah yang terlibat dengan transaksi USD1.83 bilion tersebut?

1. Deutsche Bank Malaysia. (USD300 juta + USD700 juta + USD110 juta dari USD330 juta)
2. AmBank (M) Berhad. (USD500 juta + USD220 juta dari USD330 juta)

Bahagian 4 : Kemanakah USD1.83 bilion tersebut dimasukkan?

1. 1MDB PetroSaudi Ltd BVI (USD300 juta + USD500 juta = USD800 juta). Masuk ke akaun bernombor 11116073 RBS Coutts Bank Ltd Zurich.

2. Good Star Limited Seychelles (USD330 juta + USD700 juta = USD1030 juta). Masuk ke akaun JP Morgan Suisse (7619400) di Switzerland.

* Good Star Limited adalah syarikat yang dikawal Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Bahagian 4A : Kemanakah USD800 juta (USD300 juta + USD500 juta) yang masuk ke 1MDB PetroSaudi Ltd BVI berakhir?

1. PetroSaudi International Cayman (USD50 juta + USD250 juta + USD100 juta = USD400 juta). Masuk ke akaun JP Morgan Suisse (7601900) di Switzerland.

2. PetroSaudi Holding Cayman (USD100 juta). Masuk ke akaun JP Morgan Suisse (7625400) di Switzerland.

3. Tarek Obaid (USD300 juta). Masuk ke akaun JP Morgan Suisse (7573800) di Switzerland.

Bahagian 4B : Kemanakah USD1030 juta (USD330 juta + USD700 juta) yang masuk ke Good Star Limited Seychelles berakhir?

1. Tarek Obaid (USD68 juta + USD85 juta). Masuk ke akaun JP Morgan Suisse (7573800) di Switzerland.
2. Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Coorperation BVI (USD529 juta). Masuk ke akaun BSI Bank Limited (6C02395) di Singapura dalam 7 transaksi. Akaun telah ditutup pada 18 Februari 2014.

* Low Taek Jho juga adalah Pemegang Saham Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Coorperation

Sebanyak USD348 juta (dari USD1030 juta) tidak dapat dikesan setakat ini.

Sumber.

Agak agak pembaca lah, boleh kah dana 1.83 bilion yang sekarang menjadi isu dibawa balik ke Malaysia.? Ingat USD348 juta dari 1.83USD bilion belum dapat dipastikan telah dibelanjakan kemana.

Kihampau Tohoh

Leave a comment