Hujah Shafie Di Sidang Khas Parlimen Berkenaan TPPA

Shafie Apdal bercanggah pendapat dengan ahli Parlimen BN perihal perjanjian TPPA di sidang khas Parlimen yang berlangsung petang tadi.

image

Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan keperluan kerajaan ‘tergesa-gesa’ menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Tidak bersetuju dengan pendirian ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shafie Apdal berkata, Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) mempunyai banyak isu yang perlu diselesaikan sebelum Malaysia boleh menandatanganinya.

Ahli Parlimen Semporna itu mempersoalkan keperluan untuk “tergesa-gesa” menandatangani TPPA dan berkata ia adalah salah untuk menyamakan ia dengan perjanjian perdagangan bebas lain kerana perubahan perlu dibuat kepada undang-undang negara.

“Semakan demi semakan diperlukan untuk memastikan kepentingan negara akan dilindungi dan terjamin,” Shafie pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Apabila Malaysia menjadi anggota TPP, Amerika Syarikat akan sentiasa memantau negara dan juga memberi pengaruh ke atas dasar tempatan dan Perlembagaan, memastikan Malaysia mematuhi garis panduannya, kata Shafie.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, beliau tidak yakin dengan jaminan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed tiada negara dalam TPP mempunyai kuasa veto memandangkan peranan Amerika Syarikat dalam memacu perjanjian perdagangan itu.

Beliau menambah mungkin tidak begitu mudah bagi Malaysia untuk mengabaikan perjanjian itu kerana ia akan melibatkan ramai pihak dan dana yang dilaburkan.

Shafie mempersoalkan sama ada peguam tempatan mempunyai cukup pengalaman dan pengetahuan untuk menyaman Amerika Syarikat, jika diperlukan.

Satu lagi isu ialah laporan PricewaterhouseCoopers (PwC) mengatakan TPPA akan mengurangkan lebihan dagangan Malaysia, katanya.

Beliau juga mempersoalkan sama ada Malaysia akan dapat membentuk dasar-dasar baharu untuk menangani sebarang masalah yang muncul akibat menandatangani TPPA.

“Adakah Malaysia dapat mewujudkan dasar untuk menangani apa-apa isu baharu yang timbul?

“Selepas menyertai TPPA, apakah Amerika Syarikat akan mempunyai hak sepenuhnya ke atas Perlembagaan atau terma baharu yang akan diperkenalkan, digubal atau dipinda?” soal Shafie.

Shafie berkata, beliau bimbang kedaulatan negara akan terhakis dari masa ke semasa, kerana TPPA memerlukan Malaysia untuk mengubah dasar dan Perlembagaannya.

“Persoalannya bukan sama ada TPPA patut diluluskan atau ditolak, tetapi apa yang saya mahu ialah situasi menang-menang,” katanya.

TPPA dijangka diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, selepas wakil-wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang berdebat mengenai perjanjian perdagangan itu. – 27 Januari, 2016.

Sumber FMT

Kihampau Tohoh

UMNO Tidak Adil. Jumat Kena, Ahmad Bashah Didiamkan

Datuk Jumat Idris, MP Sepanggar mengkritik Pengerusi Perhubungan BN Sabah, Datuk Musa Aman. Tanpa proses penyiasatan. Lembaga disiplin UMNO pusat menjatuhkan hukuman, menggantung keahlian UMNO Datuk Jumat Idris selama enam tahun.

Apa bezanya dengan tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah dan beberapa Ketua Bahagian. Mereka secara terbuka mengkritik Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai hilang kepercayaan sekaligus digesa supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Tapi tidak dikenakan tindakan disiplin. Sebab menurut setiausaha agung UMNO tidak ada keperluannya. Datuk Ahmad Bashah hanyalah menyuarakan pendapat peribadinya. 😀

Dimana keadilan dari lembaga disiplin UMNO.?

Penguatkuasaan itu jangan bersifat kolektif tapi biarlah menyeluruh. Supaya menyenangkan semua pihak.

image

Kihampau Tohoh

PM Najib Razak Tidak Mampu Bertahan

Usai membaca satu artikel yang memuji kekuatan politik PM Najib Razak selepas kononnya berjaya mengharungi badai politik hingga memaksa kepada pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie dari barisan Kabinet. Tidak di lupa perlucutan Datuk Gani Patail sebagai Peguam Negara. Selepas itu kononnya menghulurkan kerjasama dengan PAS.

Apa yang ditulis pada artikel itu memang benar, itulah yang berlaku. Tapi tidak menggambarkan kekuatan politik PM Najib Razak hingga mampu bertahan.

image

Sebenarnya penulis itu tidak jelas sejauh mana PAS sanggup menerima UMNO yang dianggap biawak hidup atau nazak. Serta goresan hati masyarakat Sabah, Sarawak dan Johor selepas tindakan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal. Hemmm

Krisis 1MDB yang sikit lagi bertukar kepada penyakit yang kronik, antara sebabnya utamanya. Ini jangan dipandang ringan di sinilah kayu ukur kepada kematangan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Supaya UMNO tidak dilihat sebagai parti yang menghalalkan cara sekaligus menafikan dakwaan setengah pihak bahawa UMNO adalah organisasi tangkap muat, “monyet” pun di UMNO kan.

Kesedaran politik setiakawan masyarakat  Sabahan dan Sarawakian terhadap UMNO, selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal telah  banyak mengurangkan cengkaman di BN di dua negeri ini. Tidak mudah untuk mengubatinya.

Ada ramai masyarakat politik khususnya di Sabah  yang ingin melihat setakat mana kekuatan pemimpin pemimpin Sabah yang tidak mempersoal skandal 1MDB dan sebagainya di dalan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN.

Perlu juga diingatkan, dalam masa yang sama nampak gerak saraf politik pembangkang semakin aktif, tidak di hanya di aplikasi Facebook tapi Whatapps. Jangan main main. Berbanding CyberTrooper Tiong pro BN dimana semakin hari semakin syok sendiri.

Jangan lupa di tahun ini pakar  meramalkan ekonomi negara akan terjejas. Ini juga memangkinkan  politik kebencian.

Isu yang berlegar harus diselesaikan bukan di tutup. Ini tidak berjaya ditangani, ertinya PM Najib Razak tidak mampu bertahan meleset dakwaan penulis asal.

Kihampau Tohoh

Kihampau Tohoh Bakal Di Sekat Oleh SKMM – Hemmm.

Kesian pentadbir CyberTrooper Tiong. Tidak mampu menewaskan admin seorang.

image

Dimaklumkan, bahwa Blog Kihampau Tohoh akan di sekat dari terus beroperasi oleh SKMM. Ini kerana kononnya  Blog ini telah membantu mengembangkan agenda RBA atau DAP. Alahai

Jadinya admin minta pada pihak yang berkenaan, tunjukkan mana dia artikel atau entri dalam Blog ini yang menyokong atau menyebarkan agenda DAP seperti yang didakwa. Mohon sangat sangat.?

Selain apa yang admin utarakan adalah persoalan yang menuntut penjelasan dari pihak yang terbabit.

Politik BN berbelanja ratusan ribu ringgit tapi tidak mampu mengumpul Blogger dan CyberTrooper yang efektif dalam usaha menepis persepsi dan kritikan secara berhemah. Sampai terpaksa mengorbankan Blog yang bertujuan baik. Kehabisan modal.

Peliknya mereka ada Blog khas, Blog Anti Fitnah Sabah dan beberapa lagi. Di mana tugas mereka adalah untuk membidas mana mana pendapat politik yang tidak sehaluan dengan mereka. Tapi bahan yang mereka utarakan tidak  mendapat peduli dari pembaca luar. Kecuali sesama mereka, syok sendiri. Mereka yang Like mereka juga yang Share. 😉

Hanya mereka yang ……… Dot dot dot.

Kihampau Tohoh

Shafie Apdal U Turn Adalah Fitnah

Artikel terbaru pasal Datuk Seri Shafie Apdal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab aka lawan.

Shafie Apdal u turn dijangka kembali sokong Najib

image

Konon menurut penulis karut diatas. Datuk Seri Shafie Apdal akan membuat pusingan u turn bagi menyokong balik kepimpinan PM Najib Razak.

Alasannya sebab Datuk Seri Shafie Apdal telah menyedari yang beliau hanyalah alat  kepada Dr M dan kroninya. Dalam usah menjatuhkan  Najib Razak dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Kononnya lagi dalam tempoh yang terdekat ini, individu kepercayaan Datuk Seri Shafie Apdal akan mengatur satu pertemuan sulit dengan PM Najib Razak bagi tujuan diatas sekaligus memohon maaf atas kesalahan yang beliau lakukan.

Kawan yang mengesahkannya, bahawa artikel itu adalah NONSENSE.

Artikel yang bertajuk Shafie Apdal u turn dijangka kembali sokong Najib. Adalah KARUT dan FITNAH semata-mata.

Admin tidak nampak Datuk Seri Shafie Apdal akan u turn sedang 1MDB dan sewaktu dengannya masih menghantui UMNO yang sekarang dikuasai oleh PM Najib Razak.

image

Kihampau Tohoh

Bila Ahli Perniagaan Berpolitik

Tadi kan admin terbaca satu artikel dari seorang pembaca yang dimuat turun oleh Raja Petra. (nampak sangat Raja Petra ketandusan idea)

Bertajuk surat terbuka untuk Dr M, pengerusi Proton. Klik link di bawah

Surah Terbuka Untuk Dr M

image

Pada artikel itu, penulis kononnya menyalahkan Dr M sebab berpolitik sepanjang masa menyebabkan Proton berhadapan dengan krisis kewangan yang  teruk. Berbanding Perodua yang semakin berkembang. Amboi

Tapi tidak pula mempersoal skandal 1MDB yang bertanggungjawab keatas kehilangan wang rakyat.

Menurut penulis, tujuan Dr M mengkritik pentadbiran PM Najib Razak adalah untuk mendapatkan dana 3 bilion bagi menampung kerugian yang dialami oleh Proton. Bukannya apa.

Kalau benar bagai di dakwa, pindahkan saja baki dana 1MDB kepada Proton. Isunya berani kah 1MDB berbuat demikian, sekaligus menjadi bukti yang 1MDB tidak menghadapi masalah kewangan. Jadi benarlah saranan penulis supaya Dr M berdiam. He

Penulis mempersoal Dr M dari konteks ekonomi semata-mata. Berbanding Dr M melihat jauh dari sudut politik berhubung masa depan negara. Bukannya masa depan penulis sebagai peniaga. Hemmm

Kita kan kalau tidak maklum akan perjalanan politik, tidak usahlah tampil mengulas, nanti nampak macam badut yang tamak. Biarkan saja  ahli dengan tugas mereka. Apa lagi seorang Negarawan sepertinya Tun Dr Mahathir.

Penulis juga menggesa sama, agar Datuk Khairuddin berhenti dari mengganggu perjalanan politik PM Najib Razak. Sedangkan matlamat Datuk Khairuddin sama seperti Dr M melihat UMNO dari ruang lingkup yang luas sekaligus memastikan UMNO tidak berkubur di pilihanraya yang akan datang.

Ingat UMNO tanpa kuasa politik bukannya siapa siapa. Sikit pun tidak menguntungkan. Hemmm

Kihampau Tohoh

Shafie Kekallah Sebagai Pemimpin Bangsa Sabah

image

Pemimpin dan penyokong PM Najib Razak, tegas nenegakkan benang yang basah. Mereka ingat Sabahan tidak boleh menilai benar salah atau miskin dan kaya selepas berdekad menyokong BN. Sejak sejak kebelakangan ini pentadbiran UMNO agak memelikkan.

Sudah pun begitu, pula Menteri dari Sabah yang mampu mengubah nasib masyarakat, sengaja dipinggirkan hanya kerana mengangkat perkara yang dipersoalkan oleh rakyat. Di ganti dengan individu pemimpin yang semata-mata setia kepada Perdana Menteri, cukup setakat itu. Tanpa menghiraukan kehendak masyarakat marhaen yang mendambakan Menteri yang betul betul merasai keperluan mereka.

Masyarakat Sabah sedar apa yang berlaku terhadap diri dan negeri mereka, terutamanya berkaitan pulangan hasil alamnya yang tidak berpatutan. Tapi disebabkan selama ini mereka diwakili oleh pemimpin tempatan berkaliber, mampu mengubah nasib mereka. Itulah mereka sanggup menyokong dan mendiamkan diri. Setia kepada BN.

Tapi kesian, masyarakat Sabah cukup malang walaupun mereka menjadi simpanan tetap kepada BN. Menterinya yang berkaliber dinafikan. Hasil buminya berdekad kena songlap, terbaru bagi melangsaikan hutang 1MDB.

Itu semua tidak membangkitkan rasa amarah terhadap PM Najib Razak kah.?

Akan kekal lah tahap kehidupan masyarakat Sabah untuk tempoh yang sangat lama. Bertambah pasif kah masyarakat Sabah. Kekal setia pada BN walaupun mereka tidak diwakili oleh pemimpin yang berkemampuan.?

Jangan tepuk dada, tapi berfikir lah secara logik, parti hanyalah organisasi, yang boleh mengubah nasib atas kehendak Allah ialah insan manusia yang dipanggil pemimpin.

Jujur lah admin nyatakan di sini, pentadbiran negeri Sabah dibawah kepimpinan Datuk Musa Aman tidak mampu menambah baik kehidupan masyarakat, hanya bergantung pada polisi Federal semata-mata. Macam robot.

Hidup Datuk Seri Shafie Apdal, kekal lah sebagai pemimpin bangsa Sabah. Nah kalau tidak, BN tidak lagi mendatangkan makna.

Kihampau Tohoh

SYABAS TAN SRI MUHYIDDIN DAN DATO SERI SHAFEI APDAL!!

image

Keseluruhan ahli-ahli umno di peringkat akar umbi serta rakyat jelata kagum dengan pendirian yabhg timbalan presiden dan yb dato seri naib presiden umno yang tidak akan memohon maaf terhadap najib tun razak kerana tiada asas langsung untuk tan sri muhyiddin serta dato seri shafei apdal berbuat demikian!!

Hanya orang ‘sewel’ dan ‘gila’ saja yang akan memohon maaf tanpa melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan!!

Saya juga tak faham dengan sikap najib tun razak yang kononnya berjiwa besar dan membawa maksud sanggup memaafkan tan sri muhyiddin serta dato seri shafei apdal pada ucapan penggulung beliau.

Tan sri muhyiddin dan dato seri shafei apdal sedang berpegang pada prinsip utuh melawan pelbagai kemungkaran salah-laku penyelewengan khususnya meminta kepimpinan tertinggi umno menyiasat seterusnya menyelesaikan isu-isu seperti kes skandal 1mdb dan wang derma rm2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi najib tun razak yang sekian lama menjadi polemik rakyat!!

Apakah pendirian tan sri muhyiddin dan dato seri shafei apdal ini satu kesalahan?! Perjuangan kedua tokoh pemimpin kanan umno ini yang amat mulia bertegas bagi memerangi rasuah serta penyelewengan tetapi digambarkan seolah-olah mengkhianati parti umno!!

Pendirian kepimpinan tertinggi umno masakini cukup ‘gila’!! Hakikatnya, mereka yang bersekongkol untuk menutup kemungkaran lah yang sedang merosakkan serta mengkhianati parti umno!!

Yang harus memohon maaf adalah presiden umno itu sendiri yang sehingga kini tidak pernah menjawab isu skandal 1mdb serta wang derma rm2.6 billion secara komprehensif, telus, konsisten dan meyakinkan!!

Yang konsisten hanyalah reka-cipta jawapan dengan fakta yang senantiasa berubah-ubah!! Dari seorang penderma kini kepada beberapa penderma pulak…..!!

Namun, keseluruhan ahli-ahli umno akar umbi serta rakyat jelata tidak bodoh dan tidak boleh diperbodohkan lagi!!

Bak kata pepatah budak hingusan ‘flip flop’ khairy jamaluddin “enough is enough”!!

Sumber Facebook Khairuddin Abu Hassan.

Kihampau Tohoh

UMNO Tidak Demokratik Tapi Kuku Besi

UMNO yang ada sekarang, cakap tidak serupa bikin.  Tunggang langgang, kuku besi.

image

Untuk ke sekalian kalinya UMNO menafikan tuntutan demokrasi terutamanya dari dua pemimpin hebat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang mempersoal skandal 1MDB tapi dipecat.

Selain faktor desakan berkaitan 1MDB yang menjadi asas pertimbangan pentadbiran UMNO yang membawa kepada pemecatan . Pertimbangan lain sebab kononnya mereka telah melanggar peraturan parti, mengkritik secara terbuka, walaupun kononnya telah berulang kali diberikan ingatan.

Walhal kalau kita perhalusi kritikan atau persoalan yang telah mengheret 1MDB tidak pun memalitkan UMNO sama sekali sebab yang dikritik bukannya Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia. Tapi kredibiliti Datuk Najib Razak sebagai pemimpin yang telah menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua negara.

Tapi tidak mengapa, kalau mengkritik secara terbuka menjadi satu kesalahan. Kita anggap pentadbiran UMNO berada di atas landasan yang SANGAT benar. Tapi bagaimana pula dengan kekangan demokratik di dalam organisasi UMNO itu sendiri. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal tidak dilibatkan sama sekali di dalam perhimpunan Agung UMNO 2015. Apa kekangan ini sejenis demokratik yang ada di dalam UMNO.?;)

Sebelum ini kita dikhabarkan secara pasti bahawa Timbalan Presiden UMNO Malaysia tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Pergerakan Sayap Pemuda, Puteri dan Wanita dan menggulung persidangan. Begitu juga dengan Naib Presiden UMNO Malaysia yang kedua, Datuk Seri Shafie Apdal tidak dibenarkan sama sekali.

Kenyataan terakhir Setiausaha agung UMNO, sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dibenarkan berucap bergantung pada mesyuarat MT selepas persidangan pergerakan sayap. Pentadbiran yang tidak senonoh. Sebenarnya telah pun diputuskan, kolektif melalui mesyuarat MT hanyalah retorik semata-mata. Lucu

Bukan mereka tidak tahu, perhimpunan UMNO yang diadakan setiap tahun adalah platform terbaik bagi UMNO mempertahankan UMNO itu sendiri. Yang disampaikan oleh pemimpin pemimpin tertinggi UMNO sepertinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal. Nah cuba bayangkan pada kali ini perhimpunan UMNO tanpa hujah Muhyiddin dan Shafie di pentas hujah. Roh politik apa agaknya yang boleh disuntik. Ahli UMNO mana agaknya yang akan terangsang. 😉

Pentadbiran UMNO bercakap pasal demokrasi dan demokratik tapi mereka sendiri tidak menghormatinya. Benar lah dan sangat bertepatan sempena sambutan UMNO yang ke 69.

“Keluarga 69 yang tunggang langgang”

Kihampau Tohoh

Pesanan Dr M Kepada Ahli UMNO

1. Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

2. Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3. Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

4. Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.

5. Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.

6. Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

7. Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

8. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9. Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10. Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11. Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12. Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13. Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.

Sumber Blog Chedet.

image

Ulasan admin.

PM Najib Razak dan penyokongnya perlu sedar  tanpa Dr M yang menerajui negara sebelum ini, tidak ada tu keharmonian yang berjaya diwujudkan. Walaupun selepas itu di rosakkan oleh pentadbiran PM Najib Razak. Barulah timbul cerita pasal pencerobohan dan macam macam perkara aneh.

Begitu juga dengan kewangan negara. Di era Dr M rezab kewangan negara mencecah ratusan bilion ringgit. Kalau dana sebanyak ini tidak ada, bererti juga tidak ada yang boleh dikorek bagi “mendirikan” Syarikat 1MDB yang penuh persoalan misteri.

Tidak terkecuali keutuhan UMNO yang berjaya dibentuk. Setiap kali PRU, UMNO atau BN mendapat kerusi majoriti yang besar. Tidak selepas era Dr M, majoriti kerusi berkurangan setiap PRU.

Admin  teringat di era pentadbiran Dr M, rezab kewangan Felda mencecah ratusan bilion tapi sekarang, malah Felda pula mengalami kerugian. Digambarkan pada ketika itu, andai kakitangan Felda dan Peneroka tidak berkerja, tidur makan siang dan malam  sambil mengecapi kemudahan prasarana selama tempoh puluhan tahun nescaya semua kos boleh ditanggung. Berjayanya Dr M mengukuhkan ekonomi negara.

Begitulah kejayaan mewah yang rai oleh Dr M. Tapi sekarang, sering rakyat di momokkan dengan pelbagai ancaman keselamatan baik dari luar atau dalam. Tidak terkecuali ancaman ekonomi, walhal pentadbiran yang dangkal inilah yang mencetuskannya. Bertujuan untuk mengeratkan rasa sayang pada negara sekaligus UMNO itu sendiri.

Dari konteks apa yang disentuh oleh Dr M di atas, hakikatnya PM Najib Razak berpendapat Melayu akan tetap setia pada parti UMNO. Walau apapun yang mereka lakukan sebagai pemimpin negara. Pelik bukan,
hanya di Malaysia wadah seolah olah bernyawa malah menyerupai agama. Hidup mati bersama UMNO walaupun telah berada di atas landasan yang salah.

Kawan kawan kena ingat di dalam bidang apapun, sama ada  menguntungkan atau tidak ia bergantung pada manusia yang memimpinnya bukannya wadah atau parti. Wadah hanyalah wadah semata-mata dan masyarakat wajib mengakui kenyataan ini, sebab kalau tidak andai nasib didalam politik tidak memihak anda, nanti anda pada ketika itu akan menekankan konsep diatas, bahwa wadah adalah wadah semata-mata.

UMNO mesti melalui proses evolusi yang dahsyat. Tolak pemimpin yang memperalatkan sistem hanya kerna kuasa. Sistem atau perlembagaan adalah  panduan kepada rakyat yang bertamadun.

#politikkonyol

Kihampau Tohoh