UMNO Tidak Adil. Jumat Kena, Ahmad Bashah Didiamkan

Datuk Jumat Idris, MP Sepanggar mengkritik Pengerusi Perhubungan BN Sabah, Datuk Musa Aman. Tanpa proses penyiasatan. Lembaga disiplin UMNO pusat menjatuhkan hukuman, menggantung keahlian UMNO Datuk Jumat Idris selama enam tahun.

Apa bezanya dengan tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah dan beberapa Ketua Bahagian. Mereka secara terbuka mengkritik Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai hilang kepercayaan sekaligus digesa supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Tapi tidak dikenakan tindakan disiplin. Sebab menurut setiausaha agung UMNO tidak ada keperluannya. Datuk Ahmad Bashah hanyalah menyuarakan pendapat peribadinya. 😀

Dimana keadilan dari lembaga disiplin UMNO.?

Penguatkuasaan itu jangan bersifat kolektif tapi biarlah menyeluruh. Supaya menyenangkan semua pihak.

image

Kihampau Tohoh

Hanya 17 dari 25 Bahagian Memihak Musa Aman

Daripada 25 Bahagian UMNO Sabah hanya 17 Bahagian yang memihak Ketua Menteri, bakinya 8 Bahagian memihak Datuk Seri Shafie Apdal

image

Dakwaan sebelum ini, kononnya hanya dua atau tiga Bahagian yang memihak Datuk Seri Shafie Apdal adalah dakwaan yang meleset. Tidak munasabah sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia yang mewakili rakyat Sabah.

Dakwaan admin diatas berdasarkan usaha Ketua Menteri melalui satu agenda mesyuarat khas sebagai bukti sokongan Bahagian terhadapnya tapi tidak berjaya mendapatkan kesemua wakil 25 atau 23 Bahagian. Menyebabkan program mesyuarat berkenaan di batalkan.

Ini kerana sebelum ini PM Najib Razak berpandangan Musa mampu meraih sokongan dari 23 Bahagian daripada 25

Nanti wakil wakil itu (mengikut agenda mesyuarat) akan di bawa menghadap PM Najib sebagai bukti. Tapi
memandangkan tidak cukup 23 atau lebih Bahagian, Musa tidak berani meneruskan agendanya.

(Tidak perlu admin khabar secara detail mengenai mesyuarat berkenaan, yang pastinya ada)

Suka juga admin maklumkan, parti parti tempatan Sabah yang berdiri sebagai pembangkang dan sebahagian pemimpin kompenan BN secara peribadi memihak Datuk Seri Shafie Apdal. Kita tunggu dan lihat, mana mungkin mereka sanggup menjadi korban PRU hanya kerana Musa Aman yang tidak menjaga kaum mereka.

Kekal terpinggir, langsung tidak ada hak keatas kekayaan bumi Sabah.

Kihampau Tohoh

Shafie Kekallah Sebagai Pemimpin Bangsa Sabah

image

Pemimpin dan penyokong PM Najib Razak, tegas nenegakkan benang yang basah. Mereka ingat Sabahan tidak boleh menilai benar salah atau miskin dan kaya selepas berdekad menyokong BN. Sejak sejak kebelakangan ini pentadbiran UMNO agak memelikkan.

Sudah pun begitu, pula Menteri dari Sabah yang mampu mengubah nasib masyarakat, sengaja dipinggirkan hanya kerana mengangkat perkara yang dipersoalkan oleh rakyat. Di ganti dengan individu pemimpin yang semata-mata setia kepada Perdana Menteri, cukup setakat itu. Tanpa menghiraukan kehendak masyarakat marhaen yang mendambakan Menteri yang betul betul merasai keperluan mereka.

Masyarakat Sabah sedar apa yang berlaku terhadap diri dan negeri mereka, terutamanya berkaitan pulangan hasil alamnya yang tidak berpatutan. Tapi disebabkan selama ini mereka diwakili oleh pemimpin tempatan berkaliber, mampu mengubah nasib mereka. Itulah mereka sanggup menyokong dan mendiamkan diri. Setia kepada BN.

Tapi kesian, masyarakat Sabah cukup malang walaupun mereka menjadi simpanan tetap kepada BN. Menterinya yang berkaliber dinafikan. Hasil buminya berdekad kena songlap, terbaru bagi melangsaikan hutang 1MDB.

Itu semua tidak membangkitkan rasa amarah terhadap PM Najib Razak kah.?

Akan kekal lah tahap kehidupan masyarakat Sabah untuk tempoh yang sangat lama. Bertambah pasif kah masyarakat Sabah. Kekal setia pada BN walaupun mereka tidak diwakili oleh pemimpin yang berkemampuan.?

Jangan tepuk dada, tapi berfikir lah secara logik, parti hanyalah organisasi, yang boleh mengubah nasib atas kehendak Allah ialah insan manusia yang dipanggil pemimpin.

Jujur lah admin nyatakan di sini, pentadbiran negeri Sabah dibawah kepimpinan Datuk Musa Aman tidak mampu menambah baik kehidupan masyarakat, hanya bergantung pada polisi Federal semata-mata. Macam robot.

Hidup Datuk Seri Shafie Apdal, kekal lah sebagai pemimpin bangsa Sabah. Nah kalau tidak, BN tidak lagi mendatangkan makna.

Kihampau Tohoh

Shafie Akan Terus Berkhidmat Pada Masyarakat Semporna.

image

Pada petang rabu, Datuk Seri Shafie Apdal terserempak dengan adik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Nazir Razak di lapangan terbang KLIA sekembalinya mereka dari Kota London. Tanpa mereka sedari sebenarnya mereka satu penerbangan dari Kota London.

Sempat dua individu ini mengambil gambar kenang kenangan yang dimuat turun di akaun Instagram Datuk Nazri Razak. Dicatatkan berdasarkan jawapan berseloroh Datuk Seri Shafie Apdal semasa berbual, bahawa kini beliau menganggur tapi akan terus berkhidmat kepada masyarakat Semporna.

Selaku ahli politik dan Naib Presiden UMNO Malaysia, kita yakin Datuk Seri Shafie Apdal akan terus menabur jasa pada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Kita doakan semoga mereka senantiasa di dalam rahmatNya. In Shaa Allah.

Kihampau Tohoh

Musa Aman Lari Dari Tanggungjawabnya Sebagai Ketua Menteri Sabah

Cuba kawan kawan rumuskan, intipati ucapan Ketua Menteri Sabah ketika  menyempurnakan penyerahan geran berkelompok di dewan masyarakat Semporna. Dimana seolah olah Ketua Menteri Sabah, melepaskan tanggungjawabnya.

Sedangkan jawatan Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab keatas kebajikan atau keharmonian masyarakat Sabah secara keseluruhannya.  Sudahlah sebelum ini  Musa Aman tidak datang ke Semporna walaupun pada ketika itu daerah Semporna  terpalit dengan beberapa serangan dan penculikan.

Walhal pada hakikatnya Datuk Seri Shafie Apdal adalah penyumbang terbesar kepada kemenangan BN di mana mana PRU.

Itu yang admin nyatakan sebelum ini, kehadiran Ketua Menteri Sabah pada kali ini hanyalah menyerahkan geran berkelompok. Itu pecah tanah bagi mendirikan stadium Sukan hanyalah gimik semata-mata, sebab peruntukannya belum ada.

Soal Jambatan Pulau Bum Bum, nah itulah yang admin maksudkan. Datuk Musa Aman melepaskan tanggungjawabnya. Dengan itu  membuktikan kepada kita, rupa rupanya pentadbiran negeri lah yang menyebabkan terhalangnya pembinaan Jambatan ke Pulau Bum Bum.

image

Intipati ucapan Ketua Menteri Sabah.

YAB CM dalam ucapan nya menekankan bahawa tiada masalah yang tidak boleh dibincangkan untuk ditangani dan dicari jalan penyelesaian demi kebaikan rakyat dan negeri. 

Beliau juga menyeru agar rakyat terus bersatu padu dan mengelakkan perpecahan dan pertelingkahan.

Nasihat yang perlu kita renung, fikir dan harus diambil tindakan.

Tentang pembangunan, secara konsensusnya jemaah kabinet mengambil pendekatan “keutamaan” atau pun “priority” dalam merangka dan melaksana program pembangunan. Tidak timbul soal “block”, “sabotage” dalam melayan sebarang permohonan/permintaan.

Tentang janji-janji yang dibuat oleh pemimpin tertentu itu adalah janji peribadi dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan pentadbiran negeri. Siapa yang berjanji dia kena bertanggungjawab untuk menepati janji tersebut.

Program penyerahan geran Komunal dan pecah tanah kompleks sukan Semporna jelas menunjukkan bahawa Semporna tidak diabaikan malah membuktikan kesungguhan pentadbiran negeri untuk membuat sesuatu yang terbaik untuk rakyat dan daerah.

Terima kasih YAB CM kerana sudi datang bertandang ke Semporna.

Kihampau Tohoh

Peruntukan Jambatan PBB Tiada Dalam Bajet Negeri 2016

Ada admin menerima masej bergambar perihal bajet negeri Sabah 2016.

image

Dinyatakan konon peruntukan pembinaan Jabatan pulau Bum Bum sebanyak RM160 juta telah tersenarai di dalam bajet negeri 2016.

Sebenarnya dakwaan itu tidak benar. Tidak ada peruntukan untuk membina jambatan Pulau Bum Bum di dalam bajet negeri 2016 seperti yang disebarkan. Jangan kan peruntukan sebanyak ratusan juta sedang permohonan peruntukan  untuk membina projek kecil kecilan tidak mendapat kelulusan, dukacita.

Tapi kalau tahun depan, yakni di ambang pilihanraya ke 14 tidak mustahil peruntukan sebesar jambatan Pulau Bum Bum akan diumumkan sebagai gula gula politik. Pada ketika itu  semestinya komuniti tanah besar Semporna umumnya khasnya komuniti pulau menghargainya tapi cukup setakat itu, sebab usaha keras bagi mendapatkan peruntukan membina Jambatan Pulau Bum Bum telah diusahakan lama oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Tinggal lagi mendapat pelbagai halangan walaupun telah diluluskan oleh Pak Lah, Perdana Menteri pada ketika itu.

Di kesempatan ini, suka admin mengulangi apa yang admin nyatakan di akaun Facebook perihal Bajet negeri 2016, sebelum dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Seperti mana ini keratan di bawah tapi telah di manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yakni pro pentadbiran negeri Sabah sebagai kononnya admin ni angau. Sedang sepatutnya sebelum setiap bajet tahunan di bentangkan harus bajet itu memenuhi kehendak masyarakat tidak mengira fahaman politik, apa yang penting ialah kesejahteraan rakyat Sabah.

image

image

Secara pada ketika itu admin mengharapkan agar kesejahteraan masyarakat luar bandar di diberikan keutamaan termasuklah terutamanya dari aspek keselamatan. Tapi kalau kita merujuk pada bajet 2016 yang telah di bentangkan, bajet pada kali ini hanya mementingkan aspek ekonomi semata-mata. Pada admin ia kurang berjaya, memandangkan kebobrokan sosial di kalangan masyarakat Sabah semakin tidak terkawal.

Sewajarnya peruntukan besar mengenai kawalan keselamatan terutamanya di setiap daerah harus dimasukkan.

Tidak bermaksud dengan ini admin anti kerajaan tapi sebaliknya demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

Kihampau Tohoh

Warga Sarawak Di Penggal. Dimana Tanggungjawab KM Sabah.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Filipina memaklumkan telah menemui kepala warga Malaysia, Bernard Then yang dipenggal.

Ia disahkan Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin kepada akhbar The Star. Katanya, kepala mangsa telah ditemui oleh tukang sapu dalam sebuah beg di sebatang jalan di Barangay Wall City di Jolo pada jam 8.30 malam waktu tempatan. Ia diletakkan dalam sebuah guni dengan tulisan“Bernard Then Ted Fen”.

Mangsa yang sebelum inu diculik di sebuah restoran di Semporna, Sabah dipancung selepas tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi. Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard.

Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang Selasa.

Sumber FMT.

image

Ulasan admin

Admin mengangkat isu ini, sebagai tanda solidariti keatas kematian tragis Bernard Then.

Ekoran kejadian ini admin mendapat khabar akan ada demonstrasi dari kalangan Sarawakians di negeri Sarawak  terhadap Ketua Menteri Sabah, Musa Aman selaku Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah. Sebagai tanda ketidakpuasan hati mereka terhadap tahap kawalan keselamatan hingga mengorbankan jiwa.

Jujur admin katakan andai kejadian ini berlaku di Jepun dan Korea semestinya ia adalah kesalahan yang sukar untuk dimaafkan memaksa Perdana Menteri mereka meletakkan jawatan. Apa lagi kejadian culik dan ceroboh seperti ini bukan kali yang pertama tapi kejadian yang berulang. Sebelum ini di Lahad Datu, Semporna yang terakhir di Sandakan. Tapi di Malaysia rakyatnya buat buat bodoh.

Kemiskinan masih di takuk kritikal, kurang itu. tahap keselamatannya juga lemah. Entah apa yang tinggal.

Asyik asyik kenyataan yang bertegas, akan ada penambahbaikan. Hasilnya lolos dan korban.

Kihampau Tohoh

Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Sabah, Shafie Apdal.

Hari ini 07hb November 2015. Datuk Seri Shafie Apdal merasmikan Majlis sambutan hari diabetes sedunia, peringkat negeri Sabah.

image

Di dalam ucapannya, Datuk Seri Shafie Apdal menekankan gaya hidup yang sederhana. Termasuklah pengambilan makanan seharian. Dengan demikian kita  terhindar dari penyakit yang berangkai yakni Diabetes.

image

Beliau juga amat menekankan persekitaran yang bersih. Persekitaran yang bersih dapat mengelak dari berlakunya pembiakan nyamuk aedes. Dan  tanggungjawab ini terletak di bawah Majlis Daerah Semporna. Usaha yang lebih giat amat di tuntut, supaya daerah Semporna terus berada dalam keadaan yang bersih dan sihat.

image

Alhamdulillah. Semoga kita semua senantiasa di dalam. In Shaa Allah.

Kihampau Tohoh

Amaran Rafidah Aziz Terhadap Pemerintah(Baca Ulasan Admin)

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz semakin bimbang terhadap apa yang berlaku dalam Umno hari ini.

“Perkara menjadi sangat peribadi… sehingga semuanya kelihatan seperti ada dendam peribadi. Tumpuan difokus kepada individu berhubung pelbagai sebab dan bukan kepada parti serta kepentingan ahli.

“Kata-kata yang menyakitkan hati dilempar, serangan peribadi menjadi norma. Paling teruk, tiada tolak ansur langsung kepada sebarang suara yang ingkar atau berbeza pandangan,” katanya dalam Facebook.

Kenyataan bekas ketua wanita Umno itu dibuat ketika spekulasi semakin hangat bahawa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal digantung dari kedudukannya.

Rafidah memberi amaran bahawa akan menjadi “kesilapan besar atau persendaan” jika pemimpin hanya mendengar suara penyokong mereka sahaja.

Penyokong pula, katanya, dijangka menyuarakan apa yang mereka fikirkan pemimpin mahu mendengar.

“Tidak ramai penyokong yang mahu menghulur tengkuk untuk menyatakan sesuatu yang berbeza. Dan dalam politik, adalah lumrah untuk tidak mempersoalkan atau untuk menunjukkan perbezaan pendapat, “katanya.

Rafidah berkata isu yang dihadapi oleh parti dan negara bukan isu peribadi pemimpin, justeru, elemen peribadi mesti diketepikan.

Sumber Malaysiakini.

image

Ulasan admin

Kalau rakyat sedar lagi tahu bahwa mereka itulah pemerintah dan parti yang diberikan mandat hanyalah jentera atau orang suruhan. Tidak ada tu istilah pemerintah tidak boleh menerima perbezaan pendapat. Sama ada suka atau tidak pemerintah harus menerima apapun kehendak rakyat walaupun negara ini dibentuk sebagai sebuah republik.

Tanpa rakyat, tidak satu satu tempat dipanggil negara. Begitu juga dengan kuasa memberikan mandat, rakyat lah yang bertanggungjawab. Apa lagi kalau dari konteks Malaysia, yang bertanggungjawab memenangkan UMNO ialah masyarakat bukannya ahli UMNO. Ahli UMNO hanyalah seramai 3.5 juta seluruh Malaysia berbanding rakyat Malaysia yang layak mengundi seramai 13 juta, lebihan 9.5 juta inilah yang bertanggungjawab menentukan kemenangan siapa parti yang bertanding.

Jadi apa kaki, ahli UMNO yang terlolong menafikan kebenaran atau menafikan perbezaan.?

Maka itulah pemimpin atau jentera yang tidak ingin terlibat menegakkan kebenaran, mesti di nafikan. Jelas mereka berpolitik hanyalah untuk mencari keuntungan diri mereka.

Apa lagi telah pun terbukti lebih 80% rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan, terutamanya di Sabah.

Pemikiran masyarakat Malaysia umumnya, khasnya Sabah harus berganjak berfikir lah secara realistik. Selain himpitan kemiskinan, lihat saja pemimpin dari Sabah. Menyandang jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Shafie Apdal  di gugurkan dari Kabinet, sedangkan masyarakat sedar beliau adalah pemimpin yang paling rajin masuk kampung menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat setempat. Sabah juga adalah kubo kuat UMNO, tapi diperlekeh. Bukannya menderhaka pun, tapi cuba membetulkan keadaan.

Kesimpulannya politik demokrasi adalah milik rakyat, pun begitu harus bergerak dalam kumpulan yang besar, atas satu matlamat atau nada. Berfikir lah secara realistik, lihat apa yang berlaku di sekeliling. Jangan dengar pendapat politik plastik yang tidak jelas matlamat politiknya. Kita boleh tahu juga kok itu.

Kihampau Tohoh